Tuesday, July 24, 2012

.::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan::.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masuk juga entri yang kedua. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan tiba jua. Apakah matlamat dan impian yang ingin anda capai? Adakah sekadar mahu berpuasa penuh? Atau merasai segala makanan di bazaar Ramadhan? Apa kata kita sama-sama tingkatkan amalan dan ibadah sempena bulan mulia ini. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayuh kita sama-sama berusaha dengan lebih keras agar ini adalah Ramadhan yang paling indah dan terbaik yang pernah kita jalani. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Wednesday, June 6, 2012

.::Permulaan Baru::.

Jam 4.17 AM, tatkala orang lain lena dibuai mimpi indah, blog ini tercipta. Tujuan hanyalah satu, menyampaikan kebenaran.
_________________________________________________________________


"Walau sesukar mana pun jalan itu, kebenaran pasti ada."
_________________________________________________________________




Dengan ini, bismillilahirahmanirrahim..